Smetana (produk tenusu)
Smetana (produk tenusu)

Smetana (produk tenusu)

Smetana ialah salah satu nama untuk sebahagian jenis krim masam dari Eropah Tengah dan Timur. Ia merupakan produk susu yang dihasilkan oleh krim berat yang memasam. Ia sama dengan crème fraîche (28% lemak), tapi pada masa kini terutamanya dijual dengan 10% hingga 30% kandungan lemak susu bergantung pada negara.[1] Sifat memasaknya berbeza daripada crème fraîche dan lebih ringan daripada krim masam yang dijual di Amerika Syarikat, yang mengandungi 12 hingga 16% lemak susu. Ia digunakan untuk memasak dan membakar.